Peningkna fikir pasal hutang... ada masa kita sendiri tak sedar sampailah ke satu tahap, kita dah tak boleh pusing lagi.
Percaya atau tidak, kalau boleh dikembalikan masa lampau... ramai yang ingin ubah sebelum dia berhutang.
Tapi kalau nak ambik sangat kisah kisah lama buat apa kan... bukan boleh pun patah balik. Yang penting sekarang ni macamana nak settlekan hutang kita tu semua...
"Lebih baik bincang dan fikirkan jalan penyelesaian dari dok kenang pasal masalah."
Ada banyak cara untuk membantu kita dalam selesaikan masalah.
1) Main forex
2) Kerja lebih masa (OT)
3) Buat MLM (Direct selling/network marketing)
4) Insurance
MAIN FOREX
Ini salah satu favourite sekarang. Nampak macam senang dan menarik tetapi majoriti masih ramai yang tak buat duit dalam bidang ni. Aku kata "ramai" , bukan semua.
Ada pelbagai faktor perlu korang ambik kira sebelum nak menceburkan diri dalam bidang ni. Dan yang paling penting, bidang ni tak ada satu "jaminan" untuk betul-betul buat duit. Yang ada cuma "potensi" dan itupun bergantung kepada kefahaman, matematik, sensitiviti dan kerajinan. Tapi kenapa forex masih menjadi pilihan ramai orang? Sebab peluang menjana pendapatan "TANPA" perlu jumpa orang... hahahahaa... alasan paling pemalas yang selalu aku dengar. Memang ada alasan lain, ada yang betul betul buat duit sebab dia orang ni expert. Ni yang nak dok citer pasal yang pemalas... Nak duit tanpa usaha betul betul, sebab kalau kalah dalam forex, masih tak malu lagi. Kalau jumpa orang, nanti orang reject, malu beb.
KERJA LEBIH MASA
Ini satu cabang cara buat duit lebih yang paling senang. Tapi aku tak tahulah yang cara ni masih lagi relevan ke tidak? Pengalaman aku pernah kerja kat sebuah syarikat logistics di Pasir Gudang, pergh, jadual kerja dari 8.30 sampai 5.30 (ingat lupa), tapi sebenarnya kita orang kena kerja dari jam pagi tu sampai le 4-5 pagi. Jumlam jam kerja lebih masa jangan tanya lagi, tiap bulan lebih 250 jam kerja lebih masa. Tapi yang pelik, bila mengadu ngan pejabat buruh, tak pernah syarikat diambil tindakan. Ajaib bukan? Tak berani komen.
BUAT MLM
Ni lagi satu pilihan ramai orang. Yang best tu sekarang, ada jugak syarikat yang jual product penapis air yang buat iklan kat TV. Pandangan peribadi aku tentang iklan tu ialah... seolah-olah syarikat yang terdesak sangat nak pengedar (distributor) masuk dalam syarikat tu. Tapi secara amnya, hampir semua syarikat MLM mengalami kejatuhan. Aku pernah join satu syarikat yang berasaskan wangian kesihatan... alah korang tau lah maksud aku apa... ofis dia dekat area KLCC. Bukan nak komen tak baik, tapi memang sepanjang pengalaman aku kat sana, pengedar yang menjadikan perniagaan itu jadi tak baik. Psiko orang masuk sampai lebih RM30 ribu, beli kereta besar yang kononnya "HATI KENA BESAR", dan akhirnya suruh berhenti kerja buat FULL TIME. Sedangkan dalam akta perniagaan jualan langsung ada menyatakan, tidak dibenarkan mana mana ahli membeli pangkat atau membeli secara pukal... mana etika? Dan bila korang keluar dari group tu, memang confirm korang kena pulau, walau sedara-mara. Padahal berapa ramai yang kat dalam syarikat tu takde pendapatan, atau pendapatan "goreng". Tapi biarkanlah. Nasihat aku pada mereka, buatlah kerja yang beretika, jangan salahkan kerajaan bila lesen kena gantung. Sampai kerajaan pun disalahkan... punyalah bagus punya XYNetwork... tobat tak nak lagi...
INSURANCE
Ini adalah pilihan yang agak stabil dari dulu hingga sekarang. Ramai jugak yang frust dalam MLM, berpindah ke industri insuran. Cuma setiap bidang ni ada baik dan buruk. Tapi kalau kita nak kan sesuatu, kita jangan tengok keburukan, tapi anggaplah itu cabaran. Tapi nak celah jugak pasal insuran ni. Kisah nak kena jumpa orang tu ok lagi, tapi masalahnya, seberapa ramai yang kita boleh. Sebab dari tahun ke tahun, komisyen yang kita dapat hasil dari bayaran premium semakin berkurangan. Dan lagi pula, untuk pastikan tiap bulan kita ada pendapatan, kita kena pastikan semua pembeli insuran kita, mestilah bayar setiap bulan tanpa gagal. Lagi sekali, kerja tanpa had. Dan akhir sekali, aku lemah dengan konsep naik pangkat ni. Tak ubah makan gaji.
Setakat ni yang aku nak tulis dulu... nanti aku sambung tentang revolusi baru untuk menambah pendapatan... banyak elemen di atas boleh di gabungkan walau tidak secara menyeluruh. Dan paling penting, menguntungkan atau tidak jika kita gagal buat bisnes tersebut...
Sehingga itu, chow!

No comments:
Post a Comment