Baru tadi aku teringatkan satu buku yang dah lama terperap dalam kabinet buku kat rumah. Dan bila teringatkan buku tu, aku teringatkan sorang kawan, master kaiser pernah sound aku,
kau dah ada buku tu, kenapa tak praktikkan macam dalam buku tu?
Dan tiba-tiba aku terfikir, betul gak kan? Tapi buku tu macam ada satu trademark pada aku... Dalam banyak tajuk, aku teringatkan sesuatu tentang novel seorang ayah. Lupa nak bagitau, buku yang aku maksudkan ialah HOW TO WIN FREINDS AND INFLUENCE PEOPLE (DALE CARNEGIE).
Cerita tentang AYAHLUPA.
"Ayah Lupa" merupakan artikel pendek yang menarik sehingga telah diulang cetak kerana ditulis dengan perasaan yang ikhlas. Semenjak muncul buat pertama kalinya, "Ayah Lupa", menurut penulisnya W. Livingston Larned, "telah diulang cetak dalam suratkhabar di seluruh Amerika. Cuba anda baca....
AYAH LUPA
W. Livingston Larned
Dengarlah, Anakku! Aku mengatakan hal ini ketika kamu terbaring tidur.Di pipimu ada bekas cakaran kecil dan di dahimu yang lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.
Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca surat khabar di bilik bacaan, tiba-tiba aku didatangi oleh rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu.
Dalam diri aku berkecamuk fikiran: aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barangmu di atas lantai.
Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang-barang. Kamu tumpahkan makananmu. Kamu letakkan dagumu di meja. Keju yang sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi bekerja menaiki keretapi, kamu berpusing, melambai-lambaikan tangan dan berteriak, "selamat jalan, Ayah!"Dahiku berkerut, lalu menjawab, "Pusingkan bahu kamu!"
Pada waktu petang berulang lagi perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai di jalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapan aku. Sarung kaki itu mahal - dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri, kamu tentu akan lebih berhati-hati! Anakku, ingatlah bahawa kata-kata ini adalah daripada seorang ayah!
Ingatkah kamu, waktu aku membaca di bilik bacaan, kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. "Apa yang kamu mahu?" sergah aku.
Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkul kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan mungilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan dalam dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yang sama sekali tidak memberikan perhatian. Dan kemudian kamu pergi, naik ke tingkat atas.
Tidak lama selepas itu, Anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesalahan, memaksa - inilah hadiah aku kepadamu sebagai anak lelaki. Itu bukan kerana aku tidak menyayangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masa mudamu. Aku mengukur dirimu dengan ukuran yang berlaku pada masaku.
Dan demikian banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hatimu yang kecil ternyata mencakupi luas sekali, seluas cakerawala. Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan. Anakku. Aku telah berada di katilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diriku sendiri!
Ini memang satu penyesalan yang lemah: aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan padamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. Lidahku akan kutahan, kalau ada kata-kata yang kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan. Beliau masih kanak-kanak, Anak kecil
Aku khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu sekarang, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih kanak-kanak. Kelmarin kamu masih digendong ibumu, kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak.
Setelah membaca... ini kesedaran yang aku dapat... kita sering menggunakan KUASA yang ada pada kita... tak kisahlah samada kita suami kepada isteri, ibu/ayah kepada anak, ketua kepada orang bawahan dan sebagainya. Seringkali kita memperlekahkan orang sekeliling kerana seringkali kita mengandaikan mereka berfikiran seperti kita. Jadi bagaimana kalau mereka tidak?
Mungkin kita boleh renungkan bersama...

No comments:
Post a Comment