Monday, June 22, 2009

MANUSIA BERTOPENG...

Salam online...

Hari ni segala perkara akhirnya menjadi kenyataan. Dan yang paling membanggakan "segolongan" manusia yang dulunya gah hingga lupa dunia dia berpijak, tak berani menghadapi kenyataan.

Aku bukan dari golongan terpilih yang dilahirkan dengan cukup kepandaian. Tapi Allah Yang Maha Esa, walau tidak memberikan kepandaian pada aku, Dia tetap memberikan gerak hari dan yang paling penting, KAWAN KAWAN YANG JUJUR.

Seingat aku, ada satu golongan manusia MLM, yang terlampau taksub dengan apa yang mereka buat, sampaikan tiba satu peringkat, begitu GAH dan BANGGA bila kaum cina sekapal dengan mereka menceritakan HALAL & HARAM. Menceritakan itu dan ini. Tapi hari ni, semua kecut perut. Takde sorang yang datang walau dulu bukan main kononnya melaung menegakkan syiar dan kepentingan seagama, halal yang ini, HARAM YANG ITU, akhirnya sama lari dari kenyataan. Buat perjumpaan lain yang kononnya bersama-sama rangkaian dan memulaukan event besar. Dulu seingat aku, aku yang stay JB pun disuruh gila gila datang event bulanan, tiba tiba semua dilarang untuk datang? Kenapa bersembunyi... kalau apa yang dibuat tu betul, kenapa sembunyikan kebenaran dari network? HALAL ke? MULIA ke? Mungkin ayat aku ni salah, tapi macam aku cakap, aku ni bukan pandai sangat... apa aku nak cakap adalah...

"Solat fardhu jangan tinggal, tapi jangan lupa, bila kita menghukum seseorang tu buat benda HARAM, Allah juga menghukum kita sejauh mana HALALnya bagi anak bini makan hasil dari sembunyikan sesuatu kebenaran dan kenyataan sebenar dari orang lain. Apa hukum mengambil kesempatan atas kepercayaan orang pada kita untuk kepentingan diri kita sendiri?"

Yang peliknya mereka ni, KETUA mereka dipulaukan, tapi bila network mereka pulaukan event atau jemputan mereka... di kejar, dikata tak bersatu hati, tak setia. Apa punya manusialah dia orang ni.

Dulu masa ahli yang lain keluar dari ideologi mereka, yang keluar dikatakan bodoh dan buat kerja HARAM! Tak setia malah terus jadi musuh. Apa punya manusia pun aku tak faham. Setau aku, orang yang marah adalah orang yang kalah. Setuju?
Dan yang paling menarik, sekarang ni KETUA pulak keluar... aku tak tahu tuduhan apa pulak lepas ni. Pada mulanya aku tak nak ambik port pun, tapi ketaksuban membuta tuli membuatkan aku berminat untuk mengikuti perkembangan orang pendek akal ni. Dah kena banned dengan kerajaan berkali-kali, eh masih lagi... dan yang terbaru, ada 3 manusia digantung. Pun tak sedar sedar lagi?

Tapi aku sedar, bukan belajar kat mana yang menjadi ukuran, tapi akal dan kesedaran yang Allah berikan. Akan ada manusia yang Allah butakan hatinya supaya dia sendiri keliru yang mana betul atau sebaliknya. Kecewa pun ada sebab mengikut ketua yang ada kepentingan peribadi. Entahlah... dunia dunia...

Ramai kawan makan kawan,
Apa nak buat, yang lemah memang diratah,
Kalau hidup tak berani hadapi kenyataan,
Ibarat akal dah mati, berpandu arah ikut serakah.

Sehingga lain masa... Salam!

Friday, June 19, 2009

HORMAT...

Salam semua...

Baru tadi aku teringatkan satu buku yang dah lama terperap dalam kabinet buku kat rumah. Dan bila teringatkan buku tu, aku teringatkan sorang kawan, master kaiser pernah sound aku,

kau dah ada buku tu, kenapa tak praktikkan macam dalam buku tu?

Dan tiba-tiba aku terfikir, betul gak kan? Tapi buku tu macam ada satu trademark pada aku... Dalam banyak tajuk, aku teringatkan sesuatu tentang novel seorang ayah. Lupa nak bagitau, buku yang aku maksudkan ialah HOW TO WIN FREINDS AND INFLUENCE PEOPLE (DALE CARNEGIE).

Cerita tentang AYAHLUPA.

"Ayah Lupa" merupakan artikel pendek yang menarik sehingga telah diulang cetak kerana ditulis dengan perasaan yang ikhlas. Semenjak muncul buat pertama kalinya, "Ayah Lupa", menurut penulisnya W. Livingston Larned, "telah diulang cetak dalam suratkhabar di seluruh Amerika. Cuba anda baca....

AYAH LUPA
W. Livingston Larned

Dengarlah, Anakku! Aku mengatakan hal ini ketika kamu terbaring tidur.Di pipimu ada bekas cakaran kecil dan di dahimu yang lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.

Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca surat khabar di bilik bacaan, tiba-tiba aku didatangi oleh rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu.

Dalam diri aku berkecamuk fikiran: aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barangmu di atas lantai.

Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang-barang. Kamu tumpahkan makananmu. Kamu letakkan dagumu di meja. Keju yang sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi bekerja menaiki keretapi, kamu berpusing, melambai-lambaikan tangan dan berteriak, "selamat jalan, Ayah!"Dahiku berkerut, lalu menjawab, "Pusingkan bahu kamu!"

Pada waktu petang berulang lagi perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai di jalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapan aku. Sarung kaki itu mahal - dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri, kamu tentu akan lebih berhati-hati! Anakku, ingatlah bahawa kata-kata ini adalah daripada seorang ayah!

Ingatkah kamu, waktu aku membaca di bilik bacaan, kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. "Apa yang kamu mahu?" sergah aku.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkul kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan mungilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan dalam dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yang sama sekali tidak memberikan perhatian. Dan kemudian kamu pergi, naik ke tingkat atas.

Tidak lama selepas itu, Anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesalahan, memaksa - inilah hadiah aku kepadamu sebagai anak lelaki. Itu bukan kerana aku tidak menyayangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masa mudamu. Aku mengukur dirimu dengan ukuran yang berlaku pada masaku.

Dan demikian banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hatimu yang kecil ternyata mencakupi luas sekali, seluas cakerawala. Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan. Anakku. Aku telah berada di katilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diriku sendiri!

Ini memang satu penyesalan yang lemah: aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan padamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. Lidahku akan kutahan, kalau ada kata-kata yang kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan. Beliau masih kanak-kanak, Anak kecil

Aku khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu sekarang, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih kanak-kanak. Kelmarin kamu masih digendong ibumu, kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak.

Setelah membaca... ini kesedaran yang aku dapat... kita sering menggunakan KUASA yang ada pada kita... tak kisahlah samada kita suami kepada isteri, ibu/ayah kepada anak, ketua kepada orang bawahan dan sebagainya. Seringkali kita memperlekahkan orang sekeliling kerana seringkali kita mengandaikan mereka berfikiran seperti kita. Jadi bagaimana kalau mereka tidak?

Mungkin kita boleh renungkan bersama...

Thursday, June 18, 2009

Kejujuran.

Salam semua...

Aku memang tak tau nak luahkan perasaan macam mana tentang tajuk ni. Tapi kongsi sikit pengalaman...

Tak berapa ketika dulu, aku ada join satu syarikat Network Marketing yang besarnya dibawah satu network... adalah nama network tu.

Kat dalam network tu sering dikatakan "kita kerja secara kumpulan". Kalaulah aku boleh, aku nak maki hamun semua leader yang berpangkat "XQ" dalam network tu. Sepanjang aku dalam network tu, tak pernah leader aku turun padang, jenguk network, ambik tau pasal network. Apa yang sering dia bagitau, "BAWAK NETWORK KAU JUMPA AKU". Dalam erti kata lain, kita kena jumpa dia.. sebab dia dah berpangkat. Orang lulusan luar negeri pulak tu. Yang sorang dari Tanah Arab, dan sorang lagi area area omputeh (malas nak sebut).

Bercerita tentang pangkat, dulunya gah konon cepat naik pangkat kalau usaha macam dia orang. Tapi semua penipu besar. Yang sorang memang bawak BMW, tapi rupanya keta mak dia ke atau kongsi beli dengan mak dia. Last last beli keta jepun je... yang itu baru betul pakai duit sendiri. Yang sorang lagi, di anggap mulia yang penuh iman dalam network sebab lulusan tanah arab, siap cakap income besar bulan awal masuk... mana taknya, suruh mak dia top-up beli pangkat. Mentang-mentang anak orang berada. Aku memang nak dia orang baca artikel ni kalau berani.

Aku masih ingat lagi masa yang sorang ni nak capai pangkat "XQ", sanggup dalam seminggu pergi ke Batu Pahat jumpa prospek aku yang tengah apply loan dalam RM30k. Siap bawak anak isteri pergi jumpa prospek kononnya nak jalinkan hubungan yang baik. Dan masa nka bawak prospek aku ni register kat ofis JB, kawan aku yang lain pun sanggup tolong ambikkan prospek ni. Dan yang aku dengar, sampai tolak kereta sebab minyak habis. Semuanya terpengaruh dengan kat-kata, KITA BUAT SAMA SAMA.

Tapi semenjak dari tarikh registernya partner tu, sampai sekarang. Usah kata dia, anak dia atau bini dia yang berlagak tu, asap kereta pun tak sampai sana. Kesudahannya, aku jugak dengan kereta buruk yang berulang-alik pgdg-jb untuk support. Dia mana? Alasan senang, bawaklah dia orang jumpa aku.

Tapi aku tak ambik port sangat pasal tu, aku dah biasa dengan orang cakap tak serupa bikin ni. So, itulah bermula episod kerja sorang sorang aku. Kebanyakan semua cakap je. Aku ada tanggungjawab kat dia orang sebab "AKU LEADER" dia orang. Apa pun alasan yang kononnya keluar dari pelbagai leader dunia yg antaranya,

"seorang ketua menjaga network mereka bukan kerana tanggungjawab, tapi sebab mereka yang nak membantu... tidak ada perkataan tanggungjawab kerana mereka juga perlu bertanggungjawab dengan diri sendiri"

Terus terang aku kata bila aku dengar ayat ni, aku terus kata ni orang hipokrit. Masa mengajak orang masuk group dia orang, janji akan kerjasama, bantu satu sama lain. Bila dah masuk, cerita pasal kata-kata leader dunia. Dalam erti kata lain, kan senang cakap "aku tak senang jaga korang, buat sendiri".

Balik semual cerita tadi, bila aku dah semangat untuk buat, XQ aku pulak bagitau,

"Jax, aku kena pindah KL, XQ xxxrul suruh untuk support xxxjeddah jadi XQ. Kau kena faham sebab bila kau tgh Challenge XQ, aku pun kena support kau"

Ayat dia memang power. Tapi aku kenal orang macam ni cuma perlukan masa untuk membuktikan je. So, dia pun berpindah ke KL dengan bangga, sebab jadik orang KL. Aku terkontang-kanting kat jb. Bila network aku dapat tau yang XQ dia orang dah takde lagi kat jb, semua dah tak semangat. Aku pulak dah tak tentu arah semua nak jaga. Boleh jalan dengan leader lain, semua penipu sebab bila aku mintak tolong, banyak sangat alasan. Lepas tu kata aku buat kerja sorang sorang.

Tak lama, aku buat keputusan untuk bukak network KL jugak. Tapi macam yang aku cakap. Network aku sendiri tak nak buat appointment kalau XQ je yang datang tapi aku takde. Aku ni memang tak pandai, belajar tak tinggi mana, tapi aku ada satu kesedaran. Semua orang ada harapan, dan harapan tu kita yang berikan masa tunjuk marketing plan.

Income dia orang tak lah besar sangat, tapi tulah dia... baik lulusan omputeh atau tanah arab, semua goreng income. Kerja nak menipu je. Sebab tu bila network besar bakal dibubarkan pada Isnin ni, dia orang MELARANG network untuk datang event tu. Mana kejujuran? Pirah mabuk. Semuanya dengan agenda sendiri. Lepas tu sibuk sana sini cerita halal haram.

Aku dah potong nama aku dalam syarikat tu, tapi dia orang pujuk budak syarikat xIN (bukan nama sebenar), supaya nama aku dikekalkan. Jadik dapatlah sorang lagi ni naik pangkat. Apa hukum? Tapi takpe, sebab dia lulusan tanah arab, semua tu jadik halal.

Aku sambung bayar kereta dia, sibuk sana sini bagitau orang aku tak bayar 2 bulan. Apa tujuan? Memang kat blog ni aku bagitau, aku memang tak nak bayar 2 bulan tu. Cuba korang tengok logik atau tidak alasan aku ni...
Hari pertama aku ambik kereta, aku dah kena bayar ganti spare part dalam RM1,200... HARI PERTAMA.
Selepas seminggu, aku kena tukar absorber kereta dengan bush sekali. Kalau kancil takpe, ni BMW... aku habis dekat RM1,800...
Dalam tempoh seminggu aku habis RM3,000 sebab rupanya dia bagi aku kereta dah jahanam. Tapi dia pandai, dia cakap...

"Jax, perjanjian kita senang, kau ambik kereta ni ikut keadaan. Apa yang rosak kau tak boleh claim kat aku, kau kena ganti sendiri"

Aku ingat setakat rosak kat cat kereta je... lepas sebulan setengah pakai, aku kena lagi keluar dalam RM2,400, TOP OVERHAUL pulak.
Bulan ketiga aku pakai, kena lagi RM1,700 masuk bengkel... seminggu lepas tu masuk lagi bengkel sebab HEAD CRACK. BMW head boleh crack? Takkan pakai 3-4 bulan head boleh retak? Tapi korang tau bila aku mengadu dengan dia, dia cakap apa?

"Jax, kan perjanjian kita semua kau kena tanggung."

Dan bila aku cakap, aku dah tak sanggup nak keluar duit bayar duit bengkel ngan bulanan, dia kata lagi...

"Jax, aku nak kereta tu dalam keadaan baik, baru aku boleh terima. Aku tak nak kereta rosak kau bagi kat aku"

Memang dasar manusia celaka. Tapi sibuk sana sini cerita halal haram. So, patut tak aku tak bayar? Tapi kenapa dia tak boleh sikap jujur? Cakaplah kat semua orang,

"Apalah aku ni, malulah aku dengan ajax. Kereta aku bagi baru 5-6 bulan, tapi ajax kena tanggung repair lebih RM15,000. Memang patut pun 2 bulan dia tak bayar. Aku ni memang tak guna lah"

Well, what to say... keluarga dia orang berada, kita ni orang biasa. Tapi sayang, masih ramai yang bodoh ikut cakap manusia yang bertopengkan.... pandai-pandailah teka..

Jadi, kalau korang jumpa dia... sampaikan salam. Suruh dia baca.

Sehingga di lain masa... chow.

Wednesday, June 17, 2009

HUTANG *$&@#

Salam...

Peningkna fikir pasal hutang... ada masa kita sendiri tak sedar sampailah ke satu tahap, kita dah tak boleh pusing lagi.

Percaya atau tidak, kalau boleh dikembalikan masa lampau... ramai yang ingin ubah sebelum dia berhutang.

Tapi kalau nak ambik sangat kisah kisah lama buat apa kan... bukan boleh pun patah balik. Yang penting sekarang ni macamana nak settlekan hutang kita tu semua...

"Lebih baik bincang dan fikirkan jalan penyelesaian dari dok kenang pasal masalah."

Ada banyak cara untuk membantu kita dalam selesaikan masalah.
1) Main forex
2) Kerja lebih masa (OT)
3) Buat MLM (Direct selling/network marketing)
4) Insurance

MAIN FOREX
Ini salah satu favourite sekarang. Nampak macam senang dan menarik tetapi majoriti masih ramai yang tak buat duit dalam bidang ni. Aku kata "ramai" , bukan semua.
Ada pelbagai faktor perlu korang ambik kira sebelum nak menceburkan diri dalam bidang ni. Dan yang paling penting, bidang ni tak ada satu "jaminan" untuk betul-betul buat duit. Yang ada cuma "potensi" dan itupun bergantung kepada kefahaman, matematik, sensitiviti dan kerajinan. Tapi kenapa forex masih menjadi pilihan ramai orang? Sebab peluang menjana pendapatan "TANPA" perlu jumpa orang... hahahahaa... alasan paling pemalas yang selalu aku dengar. Memang ada alasan lain, ada yang betul betul buat duit sebab dia orang ni expert. Ni yang nak dok citer pasal yang pemalas... Nak duit tanpa usaha betul betul, sebab kalau kalah dalam forex, masih tak malu lagi. Kalau jumpa orang, nanti orang reject, malu beb.

KERJA LEBIH MASA
Ini satu cabang cara buat duit lebih yang paling senang. Tapi aku tak tahulah yang cara ni masih lagi relevan ke tidak? Pengalaman aku pernah kerja kat sebuah syarikat logistics di Pasir Gudang, pergh, jadual kerja dari 8.30 sampai 5.30 (ingat lupa), tapi sebenarnya kita orang kena kerja dari jam pagi tu sampai le 4-5 pagi. Jumlam jam kerja lebih masa jangan tanya lagi, tiap bulan lebih 250 jam kerja lebih masa. Tapi yang pelik, bila mengadu ngan pejabat buruh, tak pernah syarikat diambil tindakan. Ajaib bukan? Tak berani komen.

BUAT MLM
Ni lagi satu pilihan ramai orang. Yang best tu sekarang, ada jugak syarikat yang jual product penapis air yang buat iklan kat TV. Pandangan peribadi aku tentang iklan tu ialah... seolah-olah syarikat yang terdesak sangat nak pengedar (distributor) masuk dalam syarikat tu. Tapi secara amnya, hampir semua syarikat MLM mengalami kejatuhan. Aku pernah join satu syarikat yang berasaskan wangian kesihatan... alah korang tau lah maksud aku apa... ofis dia dekat area KLCC. Bukan nak komen tak baik, tapi memang sepanjang pengalaman aku kat sana, pengedar yang menjadikan perniagaan itu jadi tak baik. Psiko orang masuk sampai lebih RM30 ribu, beli kereta besar yang kononnya "HATI KENA BESAR", dan akhirnya suruh berhenti kerja buat FULL TIME. Sedangkan dalam akta perniagaan jualan langsung ada menyatakan, tidak dibenarkan mana mana ahli membeli pangkat atau membeli secara pukal... mana etika? Dan bila korang keluar dari group tu, memang confirm korang kena pulau, walau sedara-mara. Padahal berapa ramai yang kat dalam syarikat tu takde pendapatan, atau pendapatan "goreng". Tapi biarkanlah. Nasihat aku pada mereka, buatlah kerja yang beretika, jangan salahkan kerajaan bila lesen kena gantung. Sampai kerajaan pun disalahkan... punyalah bagus punya XYNetwork... tobat tak nak lagi...

INSURANCE
Ini adalah pilihan yang agak stabil dari dulu hingga sekarang. Ramai jugak yang frust dalam MLM, berpindah ke industri insuran. Cuma setiap bidang ni ada baik dan buruk. Tapi kalau kita nak kan sesuatu, kita jangan tengok keburukan, tapi anggaplah itu cabaran. Tapi nak celah jugak pasal insuran ni. Kisah nak kena jumpa orang tu ok lagi, tapi masalahnya, seberapa ramai yang kita boleh. Sebab dari tahun ke tahun, komisyen yang kita dapat hasil dari bayaran premium semakin berkurangan. Dan lagi pula, untuk pastikan tiap bulan kita ada pendapatan, kita kena pastikan semua pembeli insuran kita, mestilah bayar setiap bulan tanpa gagal. Lagi sekali, kerja tanpa had. Dan akhir sekali, aku lemah dengan konsep naik pangkat ni. Tak ubah makan gaji. 

Setakat ni yang aku nak tulis dulu... nanti aku sambung tentang revolusi baru untuk menambah pendapatan... banyak elemen di atas boleh di gabungkan walau tidak secara menyeluruh. Dan paling penting, menguntungkan atau tidak jika kita gagal buat bisnes tersebut...

Sehingga itu, chow!

Monday, June 15, 2009

Money Magnet

Seringkali kita sekali teringat, simpan duit mana tahu kalau kalau ada kecemasan...

Frasa ni pada awalnya nampak betul dan tepat... tapi tahu tak kita yang sebenarnya, apa yang berlaku adalah lebih kepada apa yang minda kita fikirkan?

"If you plan for a rainy days, rainy days would come."

Ramai antara kita menyimpan simpanan atas sebab nak simpan atau simpanan kecemasan. Minda kita sedari awal dah pun "set" yang akan ada kecemasan. Tahu tak yang kebanyakan orang yang berjaya mengumpul harta tidak pernah fikirkan saat kecemasan?

Semuanya MINDA.

Ada banyak teknik teknik yang dipraktikkan oleh kebanyakan jutawan untuk mempelbagaikan duit mereka... dan percayalah, seawal simpanan mereka yang pertama, mereka tidak perna terfikir atau selalu berfikir "saat kecemasan".

Mungkin ramai yang tak bersetuju, seperti yang saya kata awal tadi... ini adalah latihan MINDA.

Saya akan tunjukkan bagaimana dengan pendapatan yang sedia ada sebenarnya boleh menjana lebihan jika kita pandai menguruskannya... saya bukan orang yang berjaya... tapi merancang untuk berjaya... apa yang saya belajar, mungkin kita boleh manfaat bersama.

Jumpa lagi !